Jam 1.20 tengah malam aku terbangun.sebelum itu aku bermimpi melihat jam tangan yang di jual oleh seorang kawan yang sudah jarang bertemu. dalam mimpi itu aku seakan mahu beli jam tersebut tapi tidak jadi kerana aku sudah ada jam di tangan yang sedang aku pakai. selepas itu aku bermimpi lagi seperti rancangam tv yang berubah ubah cerita.dalam mimpi tersebut kononnya ramai orang sedang berjalan di jalan raya yang menuju ke arah tamu kota belud,menaiki bukit berdekatan perpustakaan Kota Belud. suasana tersebut seperti di zaman jepun.banyak kapal perang jepun berterbangan di atas kepala kami. dan kami sepertinya sedang berjalan untuk bersembunyi ke satu tempat. Selepas itu lalu saya terbangun dan mencatatkan mimpi malam ini. Semoga mimpi-mimpi malam ini membawa erti yang baik-baik.apa saja perkara dan takdir yang berlaku semua adalah atas kehendak dan ketentuan Allah taala.semoga Dia memberikan yang terbaik untuk kita semua..aamiin... sekian..